Thursday, 11 August 2016

Pengenalan Hydroponic

Hydroponic ialah teknik menanam pokok tanpa menggunakan tanah dengan hampir keseluruhan keperluan nutrient diberikan kepada akar pokok dalam bentuk larutan. Tahukah anda bahawa teknik tanaman hydroponic telah digunakan pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman lagi?
Kenapa pokok boleh hidup tanpa tanah?
- Sebab pokok tidak memakan tanah tetapi memakan garam galian yang tersembunyi di dalam tanah. Tujuan hydroponik ialah untuk membolehkan garam-garam galian yang diperlukan itu tersedia kepada akar-akar pokok terus melalui larutan nutrient yang disediakan.
Pokok hidup dan membesar dengan mengambil sekurang-kurangnya 14 unsur yang berbeza dari larutan nutrient (bersama-sama 3 unsur-unsur lain iaitu oksigen , karbon dan hidrogen yang lebih penting) dari udara untuk membuat makanannya melalui proses fotosintesis. Unsur-unsur ini tidak wujud bersendirian tetapi dalam bentuk sebatian seperti kalsium nitrat atau zink sulfat dan lain-lain. Di dalam larutan, garam-garam sebatian ini tercerai dan membentul ion-ion. Sebagai contoh, kalsium nitray tersedia untuk pokok dalam bentuk Ca+ dan NO3-. Oleh itu kesemua unsur di atas hanya boleh diserap oleh akar apabila ianya dalam bentuk yang terlarut di dalam air.
Disebabkan nutrient yang diperlukan oleh pokok telah tersedia terlarut dalam air, ini bermakna bahawa akar tidak perlu lagi banyak dan panjang untuk mencari makanan. Sebaliknya air yang diperkaya dengan nutrient (boleh larut) yang mengalir kepada akar itu menyebabkan pokok mengeluarkan akar yang kecil/sedikit tetapi efisien. Sebaliknya tenaga yang dibentuk oleh daun dengan bantuan cahaya matahari, CO2 dari udara dan nutrient dari akar dimenfaatkan untuk membesarkan bahagian pokok yang lebih bernilai seperti daun, bunga atau buah. Ini juga bermakna bahawa kita boleh menanam pokok dengan lebih rapat dan tidak perlu risau berlakunya pertandingan antara pokok kepada makanan ya yang mungkin berkurangan disekeliling akar. Tetapi tidaklah terlalu padat sehingga ketidakcukupan ruang di bahagian atas pokok untuk mendapatkan cahaya matahari dan gas karbon dioksida.
Dalam sistem hydroponic, sisa nutrient yang tidak terambil oleh pokok dan yang tidak seimbang dengan mudah boleh dibuang. Kemudian dengan menambah air bersih dan dengan adunan nutrient seterusnya menukar kesediadaan nutrient kepada pokok. Dengan menukar keseluruhan nutrient membolehkan kita mengalirkan larutan lama keluar dari sistem pengairan dan media tanaman dan memberikan semula nutrient makro atau mikro dalam bentuk yang seimbang sekali. Dalam sistem tanaman konvensional, menambah makanan mudah dilakukan tetapi untuk membuang sisa yang berlebihan yang bertimbun tambah musim demi musim adalah amat sukar. Sisa yang berlebihan inilah yang akan menyebabkan toksik kepada tanaman pada musim-


















Copy by : http://pertanian457.blogspot.com/2008/05/pemahaman-tentang-hydroponic.html

No comments:

Post a Comment